Semua bakal pengantin impikan majlis mereka berjalan dengan lancar & sentiasa diingati oleh para tetamu kan? Zaman sekarang, semua orang nak jimat dalam apa-apa majlis pun. So, untuk bantu anda jimat dalam perbelanjaan majlis, cik kiz akan share 10 idea doorgift cantik & murah 2019 untuk anda.

1. Kotak Gift Box

idea_doorgift_murah_kotak_gift_box_2

Kotak Gift Box

Khas untuk korang yang nak cari doorgift yang cantik dan stylo. Doorgift kotak gift box ni memang sangat sesuai untuk korang. Tambah je tali kat kotak tu, terus boleh jimat sebab tak perlu add on goodies bag lagi dah. Tetamu boleh pegang tali tu je. Ringan dan mudah untuk dibawa.

Kotak gift box ni sangat sesuai untuk diisi pelbagai jenis filling. Di Kiz Doorgift, kami menyediakan banyak pilihan filling seperti popcorn, choco chips cookies, tuala mini, sejadah mini dan banyak lagi. Untuk lebih info boleh klik sini.

idea_doorgift_murah_kotak_gift_box_1

idea_doorgift_murah_kotak_gift_box_3

 

2. Ziplock

idea_doorgift_murah_ziplock_2

Doorgift Ziplock

Selain kotak gift box, doorgift ziplock pun ramai yang suka sebab anda boleh isi pelbagai jenis filling di dalamnya. Tambahan pulak, doorgift ziplock ni murah & menarik serta sangat praktikal untuk menjimatkan kos majlis. Ia juga datang dalam pelbagai saiz. So, anda boleh pilih nak saiz yang mana mengikut bajet anda.

Untuk nampak lagi eksklusif, korang boleh tambah sticker majlis, tali atau ribbon. Baru lah tetamu teruja bila dapat doorgift dari majlis anda. Doorgift ziplock ni juga antara doorgift bestseller di kizdoorgift.

idea_doorgift_murah_ziplock_1

idea_doorgift_murah_ziplock_4

3. Bold Jar

idea_doorgift_murah_bold_jar_cookies_3

Doorgift Bold Jar

Choco chips cookies dalam bold jar ni sangat in-trend sekarang ni sebab ianya nampak sangat eksklusif. Tambahan pulak, material bold jar ni menggunakan material kaca sebenar tau. Bukan plastik. Sebab tu la ramai yang suka dengan doorgift ni sebab mereka dapat guna semula bekas bold jar ni.

Nak nampak lagi menarik, anda boleh add on sticker majlis atau tag. Baru la tetamu anda akan ingat doorgift yang mereka dapat dari majlis anda.

Rasa choco chips cookies ni sedap dan rangup. Rata-rata customer yang dah beli doorgift ni semua puji rasa biskut ni. Kalau anda nak rasa sample choco chips cookies ni, anda boleh datang ke kedai kami di seksyen 7, shah alam. Tekan je link ni untuk tau lokasi kedai kami.

idea_doorgift_murah_bold_jar_cookies_2

idea_doorgift_murah_bold_jar_cookies_1

4. Gelas Kristal

idea_doorgift_murah_gelas_kristal_3

Doorgift Gelas Kristal

Jika anda tak nak bagi doorgift makanan, cik kiz suggest anda bagi doorgift gelas kristal ni sebagai doorgift majlis anda. Sekali tengok pun dah nampak doorgift ni doorgift yang eksklusif kan.

Dengan design pada gelas kristal yang sangat detail dan cantik memang sesuai sangat dijadikan sebagai doorgift premium atau VIP. Set Gelas Krisal  ini datang sekali dengan bekas kotak lutsinar dan tali. Nak nampak lagi menarik, boleh tambah ribbon dan sticker majlis seperti gambar di bawah. Cantik kan?

idea_doorgift_murah_gelas_kristal_4

idea_doorgift_murah_gelas_kristal_5

5. Choco Bar Custom

idea_doorgift_murah_choco_bar_custom_made_3

Doorgift Chocolate Bar Custom

Nak cari doorgift yang murah & simple serta sesuai untuk semua tetamu? Haa, cik kiz cadangkan korang tempah doorgift choco bar custom ni. Rasa choco bar ni sedap & tahan lama walaupun tidak diletakkan dalam kawasan berhawa dingin.

Pada pembalut choco bar pula, anda boleh letak nama atau apa-apa teks untuk nampak lebih menarik & kena dengan tema majlis. Kalau anda rasa ianya terlalu simple, anda boleh tambah kotak coklat macam contoh gambar kat bawah ni. Untuk lebih info, boleh tekan link ni.

idea_doorgift_murah_choco_bar_custom_made_1

idea_doorgift_murah_choco_bar_custom_made_2

6. Yasin Readymade

idea_doorgift_murah_yasin_readymade_1

Doorgift Yasin Readymade

Lagi satu idea doorgift yang murah dan sangat bermanfaat yang anda boleh bagi pada tetamu ialah doorgift yasin readymade. Selain bermanfaat untuk tetamu, anda juga akan dapat pahala yang berterusan sekiranya tetamu anda membacanya. Kalau ada bajet lebih, anda boleh tambah kotak yasin & tasbih mini untuk kelihatan lebih eksklusif.

Di Kiz doorgift, kami menyediakan 8 design yang paling laku dari tahun 2014 hingga 2018. Seperti gambar di bawah, text dalam yasin readymade ni menggunakan jenis tulisan yang jelas serta terjemahan yang jelas untuk memudahkan golongan yang lebih berusia untuk membacanya. 

idea_doorgift_murah_yasin_readymade_3

7. Marshmallow In A Jar

idea_doorgift_murah_marshmallow_in_a_jar_3

Source : http://ohmaiwedding.blogspot.com/search/label/MARSHMALLOW

Comelnya doorgift marshmallow in jar ni kan. Siapa yang suka doorgift dia nampak sweet & menarik boleh guna idea ni sebagai doorgift majlis anda. Anda boleh tambah ribbon, sticker atau thank you tag pada botol jar tersebut untuk menjadikan ianya lebih menarik & cantik.

idea_doorgift_murah_marshmallow_in_a_jar_1

idea_doorgift_murah_marshmallow_in_a_jar_2

8. Fruit Jam Doorgift

idea_doorgift_murah_fruit_jam_doorgift_2

Source : http://sweetdoorgifts.com/fruit-jam/

Kebiasaannya kita selalu nampak orang letak madu kan dalam bekas macam ni, tapi tak semua orang suka rasa madu. Jadi untuk tampil berbeza, anda boleh gantikan madu tersebut dengan jem buah-buahan. Mesti tetamu suka dapat doorgift ni sebab mereka boleh guna & sapu pada roti lepas balik dari majlis anda.

Anda juga boleh tampal sticker pada bekas tersebut & boleh hias penutupnya dengan kain yang cantik supaya kelihatan lebih menarik.

idea_doorgift_murah_fruit_jam_doorgift_3

idea_doorgift_murah_fruit_jam_doorgift_4

9. Scented Soap Doorgift

idea_doorgift_murah_scented_soap_4

Source : https://www.weddingcottageonline.com/bath-soap-favor.html

Risau doorgift makanan tak tahan lama atau cepat basi dan rosak? Anda boleh bagi tetamu anda scented soap sebagai doorgift majlis anda. Selain wangi, ianya juga datang dalam pelbagai bentuk yang menarik. Tetamu yang hadir mesti suka dengan doorgift anda. Ye lah, siapa yang tak suka sesuatu yang wangi kan?

idea_doorgift_murah_scented_soap_3

idea_doorgift_murah_scented_soap_1

10. Set Hotel Amenities

idea_doorgift_murah_hotel_amenities_set_2

Source: http://moonhomemadecupcakes.blogspot.com/p/doorgift-2015.html

Jarang-jarang sekali cik kiz dapat set hotel amenities ni bila pergi majlis. Untuk nampak lebih kreatif & unik, doorgift set hotel amenities ni sangat sesuai dijadikan sebagai doorgift majlis anda. Biasanya, vendor akan menyediakan set ni mengikut bajet anda. Ada yang set VIP dan ada juga set mini.

Anda boleh hias doorgift ni dengan macam-macam cara seperti letak dalam net dan ikat ribbon serta ikatkan sekali dengan thank you tag. Pasti berbaloi duit yang anda keluarkan untuk doorgift ni.

idea_doorgift_murah_hotel_amenities_set_4

idea_doorgift_murah_hotel_amenities_set_1

Kesimpulan

Itu lah antara 10 idea doorgift murah & cantik yang anda boleh fikir-fikirkan untuk jadi doorgift majlis anda. Semuanya tidak memerlukan kos yang mahal tapi ianya cantik & bermanfaat untuk tetamu. Kadang-kadang doorgift yang simple ni lah tetamu akan ingat. Selain doorgift-doorgift seperti di atas, anda boleh klik link ni untuk lihat pelbagai lagi doorgift lain yang murah & cantik.