Sejak dari dulu lagi, ramai bakal pengantin yang suka untuk bagi doorgift yang cantik kepada tetamu yang hadir sebagai tanda terima kasih kerana hadir ke majlis yang julung-julung kalinya diadakan. Supaya semua tetamu boleh dapat doorgift, bakal pengantin mesti akan berusaha cari doorgift yang murah dan dalam masa yang sama cantik dan bermanfaat.

So, untuk tidak memeningkan korang semua, cik kiz share 7 doorgift murah, cantik dan bermanfaat yang sentiasa menjadi pilihan bakal pengantin di kiz doorgift.

1. Doorgift Yasin Readymade

Doorgift-murah-dan-cantik-yasin-readymade-1

Doorgift Yasin Readymade

Sejak tahun 2014, doorgift yasin readymade ni sangat popular sampai lah sekarang. Ramai bakal pengantin suka doorgift ni sebab mereka boleh dapat doorgift yasin readymade ni on the spot (kalau ada stock lah). Cik kiz boleh cakap yang doorgift yasin readymade ni memang macam goreng pisang panas.

Selain boleh dapat cepat, doorgift ni jugak murah dan cantik. Memang sangat sesuai untuk majlis perkahwinan. Tambah pulak bila tetamu baca yasin guna doorgift yasin yang korang bagi ni, automatik korang pun akan dapat pahala jugak. Nak nampak eksklusif, korang boleh tambah kotak yasin atau tasbih mini macam gambar kat bawah ni.

Doorgift-murah-dan-cantik-yasin-readymade-3

Doorgift-murah-dan-cantik-yasin-readymade-2

 

2. Kotak Gift Box Murah Tapi Bergaya

Doorgift-murah-dan-cantik-kotak-gift-box-2

Kotak Gift Box

Doorgift menggunakan kotak ni memang famous tahun 2019 ni. Di Kiz doorgift, doorgift kotak gift box ni pun adalah antara doorgift yang laris jugak.

Doorgift ni jadi pilihan ramai bakal pengantin sebab ianya murah dan cantik serta mudah untuk tetamu pegang. Tempah gift box ni comfirm ramai tetamu akan puji punya. hihi.

Cik kiz sediakan pelbagai jenis filling yang korang boleh pilih untuk diisi dalam kotak gift box ni.

Antara filling yang selalu bakal pengantin pilih adalah seperti choco chips cookies, popcorn & sejadah mini. Untuk banyak lagi filling lain, korang boleh klik sini.

Doorgift-murah-dan-cantik-kotak-gift-box-1

Doorgift-murah-dan-cantik-kotak-gift-box-3

 

3. Chocolate Bar Custom Made

Doorgift-murah-dan-cantik-choco-bar-custom-2

Chocolate Bar Custom Made

Doorgift chocolate bar custom made ni sesuai untuk semua jenis majlis. Tetamu mesti suka dengan doorgift ni sebab ianya sedap dan tahan lama.

Cik kiz faham, sekarang kan tengah musim panas. Tapi jangan risau sebab coklat ni tak mudah cair walaupun kawasan majlis panas.

Korang boleh letak nama pengantin, tarikh majlis atau apa-apa teks pada pembalut coklat. Haa, barulah nampak macam coklat bar brand sendiri kan. hehe. Nak tengok contoh design pembalut coklat, just klik link ni.

Doorgift-murah-dan-cantik-choco-bar-custom-1

Doorgift-murah-dan-cantik-choco-bar-custom-3

4. Cenderahati Air Minuman Stylo

Doorgift-murah-dan-cantik-air-minuman-1

Cenderahati Air Minuman Stylo

Musim-musim panas ni memang sesuai sangat lah kalau korang nak bagi air minuman custom ni sebagai doorgift. Bila tetamu haus je, terus boleh bukak & minum.

Tak perlu susah-susah cari stesen minyak nak beli air dah. Kan kan kan?

Doorgift air minuman ni best tau sebab ianya murah & bermanfaat. Saiznya yang kecil memang muat untuk dimasukkan dalam paper bag. 

Design pembalut botol ni pun ada banyak. Korang hanya perlu pilih dari katalog design dan boleh request nak letak apa-apa teks atau nak ubah warna design ikut warna tema majlis anda pun boleh. 

Doorgift-murah-dan-cantik-air-minuman-2

Doorgift-murah-dan-cantik-air-minuman-3

5. Doorgift Ziplock Best Seller

Doorgift-murah-dan-cantik-ziplock-1

Doorgift Ziplock

Antara doorgift yang trending tahun 2019 ni, tak lain tak bukan adalah doorgift ziplock.

Ramai tau bakal pengantin yang suka dengan doorgift ziplock ni. Selain ianya murah & cantik, kualiti bekas ziplock ni pun tip top.

Filling makanan kat dalam memang tak mudah masuk angin sebab bekas ziplock ni tebal dan kedap udara. Tak percaya? Haa baca testimoni bawah ni.

Cik kiz faham mesti ramai bakal pegantin yang tak nak tempah doorgift makanan sebab bimbang ianya takkan tahan lama. Tapi korang jangan risau, sebab di kiz doorgift, kita sediakan 5 filling menarik yang pastinya sedap dan tahan lama. Untuk info lanjut, just klik link ni okay.

Doorgift-murah-dan-cantik-ziplock-2

Doorgift-murah-dan-cantik-ziplock-3

 

6. Goodies Tuala Mini Cantik

Doorgift-murah-dan-cantik-tuala-mini-3

Goodies tuala mini cantik

Nak cari doorgift murah yang simple tapi tetap cantik dan bermanfaat? Apa kata korang bagi doorgift tuala mini ni. Doorgift tuala mini ni sangat comel tau sebab saiz dia yang kecil molek. Warna-warna tuala mini ni pun semuanya cantik-cantik dan menarik hati.

Material tuala yang kita guna memang  berkualiti tinggi. Tetamu yang dapat mesti suka dengan doorgift ni sebab mereka dapat guna kat rumah nanti. Jadi takde la doorgift korang akan dibuang begitu saja. Tak ke sedih kalau gitu. hehe. 

Doorgift-murah-dan-cantik-tuala-mini-2

Doorgift-murah-dan-cantik-tuala-mini-1

7. Yasin Custom Made

Doorgift-murah-dan-cantik-yasin-custommade-2

Yasin Custom Made

Ada jugak bakal pengantin yang nak bagi doorgift yasin tapi mereka nak custom design untuk cover yasin. So, terjadilah yasin custom made ni.

Apa yang best yasin custom made ni adalah, korang boleh letak nama sendiri, pilihan warna sendiri atau nak letak doa pun boleh. 

Cover yasin custom made ni dibuat secara handmade untuk memastikan kualitinya kemas dan cantik. Kita ada banyak design cover yang lawa-lawa dan sesuai untuk majlis. 

Doorgift-murah-dan-cantik-yasin-custommade-3

Doorgift-murah-dan-cantik-yasin-custommade-1

Kesimpulan

So, dah ada idea nak bagi apa kat tetamu sebagai doorgift majlis anda? Haa kalau gitu boleh la cuci-cuci mata kat website kiz doorgift ni. 7 ni goodies kahwin yang popular, kita ada lebih 30 jenis doorgift tau sebenarnya.

Ataupun, kalau nak tengok sendiri depan mata, nak rasa tester makanan jemput datang je terus ke kedai kami. Kita ada sediakan tester (serius setakat ni semua puji sedap gilos). Klik je link ni untuk lokasi ke kedai kami atau waze je “Kiz Doorgift”. Alright, jumpa di sana ya!