Setiap pasangan inginkan sebuah majlis perkahwinan yang indah untuk dijadikan kenangan. Amat penting merancang majlis secara teliti dari semua aspek; baik pelamin, busana pengantin, hantaran, catering, makeup, homestay, duit minyak, doorgift, kad kahwin.. Eh banyak macam pulak kan? HAHA
Memandangkan kos perkahwinan semakin meningkat saban tahun, pastinya ia memberi cabaran kepada bakal pengantin dalam pengurusan bajet. Pening fikirkan? Jangan dulu sebab cik kiz akan kongsikan tips untuk korang elak terlebih bajet semasa pengurusan perkahwinan.
1. Tetapkan Bajet Perkahwinan
Kedua-dua pasangan perlu berbincang untuk menentukan bajet majlis. Pastikan korang dan pasangan buat bajet, tulis dan patuhi! supaya tidak berlaku overbudget semasa pengurusan. di sinilah pentingnya komunikasi dan toleransi diantara pasangan supaya majlis dapat dibuat mengikut kemampuan.
2. Dahulukan perkara penting
Buat list penting yang wajib ada semasa majlis seperti busana pengantin, dan catering. untuk tempahan silat gayung, perarakan kompang 3kilometer, ehh lupakan dulu ye. hehe bukan tak boleh, tapi sehingga korang benar-benar yakin cukup bajet yang ada . Risau takut habiskan bajet kepada perkara yang kurang penting dan terpaksa topup duit untuk perkara penting yang masih belum settle.
3. Tentukan jumlah tetamu
Dengan menetapkan jumlah tetamu akan memudahkan korang untuk mengira bajet catering, doorgift, dan seumpamanya. Aha, untuk undangan perkahwinan, cik kiz cadangkan korang jemput melalui facebook atau whatsapp, dan hanya print kad kawen dalam kuantiti sedikit sahaja . lebih jimat dan berbaloi.
4. Survey harga dan bandingkan
memandangkan kebanyakan bakal pengantin menetapkan majlis kahwin 6 bulan ke setahun dari tarikh pertunangan. Apa kata korang gunakan sebaik-baiknya waktu tersebut untuk survey harga dari pelbagai vendor. dapatkan quotation dan pakej terkini dari beberapa vendor terpilih dan buat perandingan!
5. Do-it-ourself and be creative
Antara cadangan
al pengantin gunakan creativiti DY sendiri hantaran da oorgift tetamu. korang boleh google idea-idea menarik di internet dan beli keperluan waktu sale.
…..
Recent Comments