Soalan Lazim

Lihat Soalan serta jawapan yang sering diajukan kepada kami.

Berapa Lama Tempoh Siap?

Proses tempahan berbeza mengikut jenis doorgift. Biasanya doorgift yang tidak melibatkan design/printing hanya 1 hari bekerja.

Tetapi jika melibatkan design/print biasanya proses dalam 2-3 minggu.

Kalau ada design sendiri?
Jangan risau, anda juga boleh gunakan design anda sendiri. Tiada sebarang caj dikenakan. Anda hanya perlu berikan file softcopy kepada kami.
Lokasi kedai kat mana?

Ok kalau anda mahu datang dan tengok sendiri, jemput datang ke kedai kami di seksyen 7 shah alam. Kiz Print No 31A, Jln Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Boleh juga waze “Kiz Doorgift” (Kedai kami betul-betul atas Restoran Ahmad Lim Black Pancake)

DIY tu macam mana ye?

DIY maksudnya kami hanya bekalkan pembalut (sticker) yang telah siap di print dan air minuman nya. Kemudian anda perlu balut/tampal sendiri pembalut tersebut pada botol air minuman.

Doorgift yang saya nak tiada dalam ni 😭

Oh yeke, maaf lah kalau macam tu. 

Ok macam ni, anda boleh whatsapp kami di 019-235 4631 dan cadangkan kepada kami doorgift yang anda cari.

Kami akan tolong carikan jika boleh.

Nak tempah kena add to cart ke?

Haa jangan risau sebab kami faham, benda penting seperti doorgift ni anda perlu dapatkan info yang betul-betul lengkap dan puas hati.

Jadikan kami sediakan butang untuk whatsapp di setiap page doorgift kami untuk memudahkan anda membuat tempahan.

Kalau Ada Rosak / Tak Cukup / Kualiti Tak Sama?

Di Kiz Doorgift, kami berikan anda jaminan wang dikembalikan 100% tanpa banyak soal sekiranya anda dapati ada rosak / kuantiti tak cukup / tidak berpuashati dengan kualiti kami (tidak seperti yang dijanjikan)