Doorgift Best Seller Islamic

Doorgift Yasin Readymade

Ini dia doorgift best seller di Kiz Doorgift. Kenapa ramai suka doorgift ini? Mudah saja jawapannya, murah, cantik, bermanfaat. Eh macam tagline pula.

Pilih Dari 8 Design Berbeza.

Haa bukan 2-3 jenis design sahaja yang ada ok, di Kiz Doorgift, kami sediakan 8 design paling popular dari tahun 2014 hingga 2018.

Kami kumpulkan semua design yang GERENTI tetamu anda pasti akan seronok apabila mendapatnya.

Oh ya, design-design Yasin Readymade di Kiz Doorgift direka khas oleh designer khas yang memang berpengalaman dalam bidang grafik islamik.

Text Besar & Jelas

Risau tetamu susah nak baca yasin? Takut text terlampau kecil atau susah nak dieja?

Haa, tengok gambar sini, text dalam yasin readymade Kiz Doorgift menggunakan jenis tulisan yang jelas serta terjemahan yang jelas untuk memudahkan golongan yang lebih berusia untuk membacanya.

Kami juga tidak menggunakan teknik fotostat untuk print buku ini, sebaliknya kami print secara direct daripada original softcopy sendiri.

Masukkan Dalam Kotak Khas

Untuk lebih exclusive, tambah add-on kotak yasin yang direka khas untuk anda letak surah pilihan custom made anda di dalamnya. Dijamin lebih cantik.

Hanya dengan tambah add on kotak doorgift yasin readymade, doorgift anda akan terus kelihatan exclusive dimata mu, eh silap, di mata tetamu anda.

Bermanfaat Untuk Tetamu

Doorgift yang bagus adalah doorgift yang bermanfaat untuk tetamu yang mendapatnya.

Dan doorgift Yasin Readymade adalah pilihan terbaik jika anda punyai prinsip yang sama seperti kami. Alang-alang bagi doorgift, biarlah ianya bermanfaat kan?

Percuma Sticker Majlis

Ya sempena promosi welcome back yasin readymade, kami berbesar hati ingin berikan anda percuma sticker majlis untuk pembelian 100pcs dan ke atas.

Bermakna contoh anda tempah 200pcs yasin, anda akan dapat 200pcs sticker majlis custom made percuma. Yup custom made yang boleh letak nama apa semua tu. Hihi.

Nak Packingkan Pun Boleh

Terlampau sibuk? Tiada masa nak packing yasin masuk dalam kotak? Tiada orang nak tolong?

Jangan risau, Kiz Doorgift boleh tolong anda packingkan dengan sedikit caj yang sangat murah.

Tak perlu pening-pening lagi dah lepas ni.

Senarai Design Doorgift Yasin Readymade

Bersedia untuk rambang mata kerana design di sini semua lawa-lawa, cantik merelip. Oh ya, masa whatasapp nanti pastikan tanya dulu stok ada atau tak ya, sebab kami tak simpan stok banyak.

Harga & Info Yasin Readymade

Info Yasin Readymade

Saiz148mm x 110mm (bila tutup)
Jumlah Mukasurat24 muka surat
Berat 0.019kg
Material CoverArt Card 230gsm (tebal)
Minimum Order25 pcs

Senarai Harga Yasin Readymade

50pcs ke atasRM0.70 / pcs
500pcs ke atashubungi kami
PROMO WELCOME BACKFREE STICKER utk 100pcs ke atas

Harga Add On

Kotak Yasin SAHAJARM0.60 / pcs
Upah Packing Yasin Masuk KotakRM0.25 / pcs
Yasin + Kotak Yasinhubungi kami
Yasin + Kotak + Tasbihhubungi kami

*info lanjut Tasbih Mini, klik SINI
**dapatkan diskaun berganda untuk tempahan borong atau gabungan item (combo)

Tambah Add-On Tasbih

Khas untuk yang mahu berikan doorgift yang terbaik untuk majlis, boleh tambah tasbih mini glasspearl (high quality) dari kiz doorgift. KLIK SINI untuk lihat tasbih glasspearl.

Testimoni Pelanggan

Tempah Sekarang Sebelum Kuota Tempahan Penuh!

Kami terima tempahan yang sangat banyak untuk beberapa doorgift utama seperti surah pilihan dan chocobar. Oleh itu lebih baik tempah sekarang jika majlis anda sudah dekat.

Soalan Lazim

Lihat Soalan serta jawapan yang sering diajukan berkenaan doorgift air minuman. Klik pada soalan untuk lihat jawapannya.

Berapa Lama Tempoh Siap?
Proses tempahan biasanya mengambil masa 1-3 minggu. Bergantung berapa banyak pindaan design yang dibuat. Proses Design : 1-3 hari bekerja Editing : 1-2 hari bekerja Print & Finishing : 7-10 hari bekerja
Kalau ada design sendiri?
Jangan risau, anda juga boleh gunakan design anda sendiri. Tiada sebarang caj dikenakan. Anda hanya perlu berikan file softcopy kepada kami.
Lokasi kedai kat mana?

Ok kalau anda mahu datang dan tengok sendiri, jemput datang ke kedai kami di seksyen 7 shah alam. Kiz Print No 31A, Jln Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Boleh juga waze “kiz print” (kedai kami atas Restoran Ahmad Lim Black Pancake)

Ejaan dan tatabahasa dah semak?
Jangan risau kerana bacaan surah pilihan kami telah disemak dan disahkan oleh ustaz yang bertauliah. InsyaAllah tiada kesalahan.
Macam mana cara Kiz Doorgift pos ya?
Untuk proses pos, kami telah siap-siap tampalkan stiker “Al-Quran Jangan Langkah” pada bungkusan. Kami juga akan pesan abang posmen untuk letak semua bungkusan surah pilihan di bahagian paling atas sekali & minta supaya jangan langkah atau campak bungkusan anda.
Kilang melayu ke cina yang buat?
Kami sangat menjaga kesucian agama kita jadi bahagian dalam di print di kilang yang 100% pekerjanya semua muslim. Proses print cover pula dibuat didalam kedai kami sendiri dimana semua ahli kiz doorgift adalah islam.

Antara Testimoni Pelanggan

“yang paling hepi skali kerana adenya sticker yg memberitahu bhw terdapat Al-Qurah dlm percel tu”

“Giving away the Doa Harian to PT3 kids”

“servis terbaik.. moga perniagaan semakin maju, amin”

Lebih 2871 Telah Membuat Tempahan dengan Kiz Doorgift! InsyaAllah Anda TIDAK akan Menyesal Punya Lah.

Jaminan 100% Wang Dikembalikan Untuk Setiap Tempahan di Kiz Doorgift. Risiko Anda Kami Tanggung!

Tak Minat Order Online?

 

Tak apa kami faham, anda nak tempah untuk majlis yang julung-julung kali dibuat, mesti nak tengok depan mata betul?

Jika begitu, datang walk-in saja ke kedai doorgift kami di seksyen 7 Shah Alam (dekat dengan i-city)

kedai kiz print

Kiz Print

No 31A (Tingkat 1), Jln Kristal K7/K,

Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Open : 9:00am - 6:00pm (Ahad tutup)

Waze : Kiz Doorgift

No.Tel. : 019-2354631 / 019-2750165

(update : kedai kami atas restoran 3 budak gemok)